Rss

Syarat ambil 29 pembantu rumah Indonesia tak disempurnakan

Beberapa syarat tidak disempurnakan oleh agensi yang menguruskan kemasukan 29 orang pembantu rumah Indonesia pada 29 Mei lalu.

Berikutan itu, Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan taklimat sekali lagi dengan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) bagi memastikan mereka benar-benar faham mengenai syarat dan prosedur pengambilan pembantu rumah Indonesia.

Continue Reading >>

Ambil pembantu rumah menerusi agen berdaftar untuk elak kerugian

Majikan dinasihatkan mengambil pembantu rumah asing (PRA) menerusi agen berdaftar bagi mengelak menanggung kerugian sekiranya pembantu rumah berkenaan melarikan diri semasa berkhidmat.

Nasihat diberikan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pahang (Bahagian Pekerja Asing), Sayed Abdul Rahman Sayed Mahmud ketika mengulas kejadian baru-baru ini yang mana dua PRA lari mengakibatkan majikan mereka kerugian hampir RM20,000.

29 amah tak penuhi syarat pindaan MoU

Kedutaan Indonesia di Malaysia mengesahkan 29 pembantu rumah dari republik itu dibawa masuk ke sini secara sah pada 30 Mei lalu, tetapi tidak memenuhi syarat pindaan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) terbaru.

Wakil Bahagian Sumber Manusia Kedutaan Indonesia di Malaysia, Agus Triyanto, berkata pembantu rumah berkenaan tetap perlu memenuhi beberapa syarat MoU yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia itu.

Justeru, katanya, agensi menguruskan kemasukan mereka diminta berurusan dengan Kedutaan Indonesia di sini bagi memenuhi syarat yang belum dipatuhi itu.
“Agensi berkenaan diberi masa dua minggu dari tarikh dimaklumkan untuk melengkapkan dokumen berkaitan. Tindakan boleh diambil jika gagal berbuat demikian.

Continue Reading >>

Mencari alternatif pembantu rumah asing

DILAPORKAN setakat ini terdapat kira-kira 75 peratus pembantu rumah warga Indonesia daripada jumlah lebih 200,000 amah asing yang berkerja di Malaysia. Seramai 30,000 orang pula adalah orang Kemboja dan bakinya dari negara lain.

Akibat permintaan yang terus meningkat, Malaysia dikatakan memerlukan kira-kira 100,000 amah Indonesia lagi.

Tidak hairanlah negara jiran seberang itu mengenakan pelbagai tuntutan kepada Malaysia sebelum ini lantaran kebergantungan kita kepada mereka dalam membekalkan warganya sebagai amah di sini.

Continue Reading >>

Pakej Lengkap Mencari Pembantu Rumah : Bab 2

Beberapa hari lepas, saya ada kongsikan kepada anda eBook Pakej Lengkap Mencari Pembantu Rumah bab 1!. Jadi hari ini pula saya ingin kongsikan kepada anda pula apa yang terkandung didalam bab 2;

Berikut adalah sedikit sedutan dari “eBook Pakej Lengkap Mencari Pembantu Rumah” : Bab 2

=========================

Apabila anda menggaji seorang Pembantu Rumah, anda dikehendaki oleh undang –undang untuk mematuhi syarat – syarat Permit Kerja. Majikan yang melanggar syarat – syarat Permit Kerja berkemungkinan besar akan;

Continue Reading >>

Majikan Usah ambil kesempatan

Majikan diminta memberi kerjasama menyediakan latihan kepada pembantu rumah warga asing bagi menyesuaikan diri dengan pekerjaan kerana latihan yang diikuti mereka di Indonesia mungkin tidak mencukupi.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo berkata, peraturan memang menetapkan agensi pekerjaan Malaysia perlu mengganti pembantu rumah dalam tempoh dua minggu jika dia tidak sesuai selepas tiga bulan pertama, melarikan diri atau tidak bekerja dengan baik dalam tempoh enam bulan pertama bekerja.

“Tetapi majikan diharap tidak mengambil kesempatan dengan peraturan ini untuk mendapatkan pembantu rumah baru kerana menganggap mereka tidak sesuai tanpa sebarang alasan munasabah.

Continue Reading >>

8,000 amah Indonesia diambil sebulan

Kira-kira 8,000 pembantu rumah Indonesia akan memasuki negara ini setiap bulan bagi menampung keperluan dan permintaan majikan di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahlan, berkata jumlah berkenaan adalah anggaran kemasukan untuk memenuhi kira-kira 100,000 permohonan khidmat pembantu rumah.

Justeru, beliau khuatir sama ada Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bersedia menerima gelombang kemasukan pembantu rumah dan memastikan semua proses permohonan berjalan lancar.

Continue Reading >>

Majikan Jangan Berdiam Diri Jika Pembantu Rumah Tidak Kompeten – Mama

Majikan di negara ini dinasihatkan supaya tidak mengambil sikap berdiam diri sekiranya pembantu rumah mereka didapati tidak kompeten atau tidak sesuai untuk bekerja.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, sikap berdiam diri itu selama ini berpunca daripada kebimbangan mereka mengenai kesukaran untuk mendapatkan pengganti pembantu rumah yang baru.

“Majikan bersikap begitu kerana mereka memikirkan mengenai kesukaran

Continue Reading >>

Papa nasihat majikan hati-hati ambil amah

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) meminta golongan majikan di negara ini agar berhati-hati dengan tawaran harga pengambilan amah Indonesia yang jauh lebih mahal oleh syarikat agensi pekerja asing.

pembantu rumah

Presidennya, Jeffrey Foo berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada majikan yang mendakwa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM16,000 kepada agensi yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Menurutnya, ada majikan sanggup menerima tawaran harga itu kerana terdesak untuk mendapatkan khidmat amah Indonesia.

”Pihak ini sengaja mengambil kesempatan ekoran masalah yang berlaku dan meletakkan kos yang terlalu mahal berbanding harga yang ditetapkan kerajaan, saya harap majikan lebih berhati-hati dalam perkara ini,” katanya pada sidang akhbar penyerahan 29 amah Indonesia kepada majikan di sini hari ini.

Continue Reading >>

100,000 amah diperlukan

Malaysia memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia bagi menampung keperluan dan permintaan dalam negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam berkata ketika ini pihaknya menerima kira-kira 80,000 permohonan daripada majikan untuk mendapatkan pembantu rumah warga Indonesia dan jumlah itu terus meningkat.

Katanya, ketika ini ada lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara berkhidmat di negara ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 150,000 adalah warga Indonesia, manakala 30,000 dari Kemboja dan selebihnya dari negara lain.

Continue Reading >>