Rss

Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Pembantu Rumah

Ungkapan ini selalu akan anda dengar kenapa anda perlu mendapatkan Pembantu Rumah

Tiada ahli keluarga dapat membantu menjaga
bayi apabila saya kembali bekerja.
Perlukah saya mengambil Pembantu Rumah
untuk menjaga bayi saya?

Secara teorinya, amat seronok mempunyai pembantu rumah untuk menjaga anak anda dan mengemas rumah, mencuci, menggosok, memasak dan melakukan pelbagai tugas-tugas lain yang tidak mahu anda lakukan. Sudah menjadi perkara biasa untuk melihat pembantu rumah mencuci kereta, membawa anjing berjalan, menjaga halaman rumah dan mencuci kolam ikan (berada dalam air di separas lutut!). Hanya beberapa orang Malaysia sahaja yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah; mungkin sebabnya lebih daripada 300,000 pekerja asing wanita yang bekerja di sini sebagai pembantu rumah – dan permintaan untuk mereka terus meningkat.

Tetapi sebelum anda membuat keputusan tidak mahu mengambil Pembantu Rumah, sayaterangkan disini mengapa anda perlu mendapatkan Pembantu Rumah;

  1. Kos – Pada masa kini, pada kebiasaanya Taska akan mengenakan yuran sebanyak RM200 hingga ke RM300 untuk seorang anak. Cuba anda bayangkan jika anda mempunyai lebih dari seorang anak, katakan 3 orang. Berapa yang perlu anda bayar? Itu belum lagi jika denda yang dikenakan jika anda ambil lewat anak anda.
  2.  Kebajikan anak – anak – Anda perlu melihat juga akan kebajikan anak – anak anda. Dengan adanya Pembantu Rumah, bukan sahaja dia menjaga kebajikan anak – anak anda seperti bila anda balik anak dah mandi dan makan malam tetapi melaporkan perkembangan anak – anak anda dirumah. Ini berlainan jika anda menghantar anak – anak ke Taska. Mereka hanya akan menjaga anak – anak anda sahaja dan yang paling menyiksakan ialah anda perlu berhadapan dengan kesesakkan lalulintas semasa pulang untuk mengambil mereka
  3. Keselesaan – Diantara banyak – banyak sebab, inilah sebab mengapa saya menyarankan anda mengambil Pembantu Rumah. Dengan adanya Pembantu Rumah bayangkan bila sampai rumah, anda lihat rumah dah bersih, anak dah mandi, makanan dah tersiap terhidang dimeja, baju semua sudah basuh dan gosok, tak berbaloi ker…. Selepas anda mandi dan makan malam, anda tidak perlu lagi ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk. Dengan masa yang terluang, anda boleh melihat kerja sekolah anak – anak anda, berbual dan bermanja dengan mereka serta memberikan didikan dan nasihat yang sempurna dari anda sebagai ibu bapa…

Jadi anda renungkanlah … anda bekerja bukan untuk diri anda sahaja tapi juga buat kebajikan anak – anak anda. Saya juga pernah mengalami masalah yang sama pada masa dahulu sebelum saya mempunyai Pembantu Rumah. Tapi bukan semua Pembantu Rumah ni bagus…maklumlah manusia…setandan pisang tak semuanya elok.. Dari itu, anda hendaklah memilih Pembantu Rumah yang sesuai buat anda dan keluarga anda.